suria

Trend jijik gesa remaja berak dalam kolam, taman tema di Sepanyol terpaksa ditutup

Setakat ini, sebuah taman tema terpaksa ditutup di Sepanyol. FOTO: Getty.

SEGELINTIR individu kini menggerakkan satu cabaran babaru yang mana mereka akan membuang najis di dalam kolam renang di taman tema.

Trend negatif yang sedang menular di Sepanyol itu menggesa orang muda agar kencing dan berak di dalam kawasan rekreasi yang mereka kunjungi.

Setakat ini, sebuah taman tema ditutup sementara akibat perbuatan itu, khuatir jika berlaku penularan penyakit.

Kakitangan di taman tema air Segóbriga di Valencia berkata, mereka jijik dengan perbuatan berkenaan yang dilakukan dengan sengaja.

Malah, trend kotor berkenaan kini turut menular ke kawasan pelancongan seperti pantai.

Trend itu digelar sebagai Hacer Caca dan menyasarkan remaja berusia 12 hingga 16 tahun menerusi laman sosial.

Mereka juga digalakkan merakam foto atau video perbuatan jijik berkenaan untuk dimuat naik ke internet. - Daily Star.

trend kotor, najis, taman tema, kolam

Artikel Lain