suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Objek terbang misteri berhampiran pangkalan, Tentera AS nafi ia pesawat mereka

Paparan skrin dari rakaman berkenaan.

SEORANG remaja lelaki berusia 18 tahun yang sedang menaiki kereta bersama ibunya dikejutkan dengan satu objek pelik di langit.

Disusuli asap hitam, objek berkenaan dilihat menjuman ke arah bumi.

Ia dirakam berhampiran pangkalan tentera Elmendorf-Richardson, di Anchorage, Alaska, Amerika Syarikat.

"Saya dengan mak baru sahaja nak masuk ruangan parkir di rumah dan saya perasan ada sesuatu jatuh dari langit.

"Saya ingatkan ia meteor, saya tak pernah lihat objek seperti ini," ujar Adonus Baugh.

Dalam pada itu, jurucakap dari pangkalan tentera berkenaan, Erin Eaton, menafikan rakaman video itu memaparkan pesawat mereka.

"Objek itu tidak kelihatan seperti pesawat kami," ujarnya.

Seorang lagi saksi, Bebe Kang berkata, dia pada mulanya menyangka objek berkenaan merupakan asteroid.

"Ia langsung tidak kelihatan seperti pesawat atau jet. Ianya besar, agak perlahan dan merah," ujarnya. - Daily Star.

UFO, Tentera

Artikel Lain