suria

Hospital di Portland umum 9 jururawat hamil serentak

Mereka dijangka bersalin antara April hingga Julai ini.

SERAMAI sembilan jururawat di sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS) hamil serentak dan dijangka bersalin tidak lama lagi.

Pada Isnin, Pusat Perubatan Maine, Portland mengumumkan kisah unik itu menerusi laman Facebook.

"Sembilan jururawat hamil serentak dan bakal bersalin antara April hingga Julai ini.

"Tahniah," tulis pengendali Facebook pusat perubatan itu.

Perkongsian itu menerima lebib 1,000 tanda suka dan tutu dihujani ucapan tahniah.

Malah ada yang berseloroh mengenai siapa yang bakal menguruskan pesakit jika sejumlah jururawat terpaksa mengambil cuti bersalin kelak.

"Ianya sangat seronok, datang kerja tengok masing-masing hamil.

"Tengok perut membesar, kami bercerita mengenai pengalaman masing-masing," ujar Amanda Spear, salah seorang daripada sembilan jururawat berkenaan. - Indipendent.UK.

Hamil, Jururawat

Artikel Lain