suria

Tangan patah selepas tumbuk teman wanita, lelaki kuat cemburu terima padah

SEORANG gadis hidup sengsara apabila 'dikawal' rapi oleh teman lelakinya yang kuat cemburu.

Reece Penkert,20, mengawal setiap pergerakan teman wanitanya (nama tidak didedahkan), malah pakaian juga mengikut kehendak lelaki itu.

Lebih malang, Penkert tidak membenarkan wanita itu keluar tanpanya serta melarang memakai skirt dan baju -T.

Lelaki muda itu sentiasa menuduh teman wanitanya itu menipu.

Penkert juga akan memadam setiap mesej di telefon bimbit dan tidak membenarkan wanita itu rapat dengan keluarga dan menutup akaun media sosial.

Reece Penkert dipenjara tiga tahun. Foto: Polis Met

Hubungan percintaan pasangan itu bermula dengan baik, namun segalannya berubah selepas dua tahun.

Wanita itu mengalami penderaan fizikal, emosi dan terpisah (daripada keluarga dan kawan-kawan) selama beberapa bulan.

Kemuncak perasaan cemburu apabila Penkert tidak membenarkan doktor lelaki membuat pemeriksaan ke atas wanita yang sedang mengandung itu.

Jumaat lalu, Penkert  dijatuhi hukuman penjara 3 tahun selepas menumbuk teman wanitanya sehingga tangannya patah.

Pegawai Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) Emma Harris berkata: "Reece Penkert menunjukkan sikap mengawal yang keterlaluan, termasuk menyerang pasangannya dan cuba memisahkan mangsa daripada keluarga dan kawan-kawan.

"Beberapa bulan mengalami penderaan fizikal dan emosi, mangsa seorang yang kuat kerana dapat memberi bukti sepanjang perbicaraan dan saya ingin mengucap terima kasih di atas sikap berani yang ditunjukannya itu." -metro.co.uk

Cemburu buta, pukul, penjara

Artikel Lain