suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jururawat mendiang Hawking digantung tugas atas tuduhan serius

Dowdy (kanan) menjaga Hawking selama 15 tahun sebelum saintis terkenal itu meninggal dunia tahun lalu.

JURURAWAT yang bekerja sebagai penjaga saintis terkenal Britain, Stephen Hawking selama 15 tahun kini digantung tugas.

Patricia Dowdy,61, digantung tugas dalam perbicaraan tetrutp berkutan tuduhan salah laku serius sepanjang mendiang Hawking di bawah penjagaannya.

Difahamkan keluarga saintis itu telah membuat aduan berikutan penyiasatan panjang terhadap Dowdy.

Namun butiran terperinci anda hukuman disiplin yang dikenakan kepada Dowdy oleh lembaga kejururawatan itu tidak didedahkan.

Malah orang awan dan pihak media juga dilarang mengikuti pendengaran kes tersebut yang dianggap sebagai 'keadilan rahsia'.

Oleh kerana tuduhan keras yang dikenakan ke atas Dowry yang tidak pernah didedahkan secara terbuka, dia digantung tugas oleh Nursing and Midwifery Council (NMC) apabila dakwaan itu mula menjadi perhatian.

Pendengaran substantif akan memutuskan masa depannya tetapi secara tertutup.

Dan hukuman juga seperti tidak akan didedahkan kepada umum.

Hawking meninggal dunia pada usia 76 tahun 18 Mac tahun lalu.- Dailymail.co.uk

Patricia Dowdy, Stephen Hawking

Artikel Lain