suria

Kane manusia tertua dunia, mahu makan 100 biji coklat ketika sambutan hari lahir ke-116

SEORANG wanita Jepun disahkan sebagai manusia tertua di dunia yang masih sihat pada usia 116 tahun.

Kane Tanaka dilahirkan pada 2 Junuari 1903, berkongsi tarikh bersama adik beradik Wright yang mencipta kapal terbang.

Kane merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik beradik dan berkahwin dengan Hideo Tanaka pada tahun 1922, empat hari selepas menyambut hari kelahirannya yang ke-19.

Kane (depan, tengah) bersama adik beradiknya.

Pasangan itu dikurniakan empat orang anak dan seorang anak angkat.

Hideo menjalani perniagaan warisan keluarganya berasakan makanan seperti nasi dan mee, namun pada tahun 1937 Kane mengambil alih tanggung jawab tersebut selepas suaminya dikerah menyertai pasukan tentera Jepun.

Ketika Peperangan Dunia Kedua, anak sulungnya Nobuo menyertai pasukan tentera dan menjadi tawanan Soviet Union sehingga 1947.

Kane dianugerahkan sijil rasmi Guinness World Record di rumah penjagaan di Fukuoka, Jepun pada 30 Januari lalu ketika usianya mencecah 116 tahun 28 hari.

Kane menyambut hari lahirnya yang ke-116 Januari lalu.

Ketika sambutan itu, Kane dihadiahkan sekotak coklat.

Dia terus membukanya dan makan.

Ketika ditanya, berapa banyak coklat yang dia akan makan, Kane menjawab: '100'.

Sebelum ini, Chiyo Miyako yang mencipta rekod tertua dunia meninggal dunia Julai lalu pada usia 117 tahun.

Namun Kane enam tahun lebih muda daripada wanita Perancis, Jeanne Louise Calment yang mencecah usia 122 tahun.-mirror.co.uk

Kane Tanaka, Jepun, Tertua

Artikel Lain