Dua wanita buat tawaran 'istimewa' sebelum culik, pukul dan rompak seorang lelaki - Dunia | mStar

Dua wanita buat tawaran 'istimewa' sebelum culik, pukul dan rompak seorang lelaki

Ketika di dalam sel, Bailey (kiri) dan Wheeler dilapor bergaduh kerana berebut kerusi. Foto: Washington County Sheriff’s Office)

DUA wanita ditahan selepas menculik, memukul dan merompak seorang lelaki selepas mereka berkenalan di atas talian.

Emily Bailey,21 dan Samantha Wheeler,24, dilaporkan menawar lelaki itu perkhidmatan seks dan bersetuju untuk bertemu di Fayetteville, Arkansa pada Rabu.

Mereka berdua tiba di alamat tersebut untuk bertemu dengan lelaki itu sebelum masuk ke sebuah rumah.

Selepas itu, rakan lelaki mereka Isaiah Arnette,25, yang sebelum itu menyorok di dalam sebuah kereta menyerbu masuk ke rumah dan mengeluarkan pistol ke arah mangsa malang itu.

Menurut laporan Northwest Arkansas Cemocrat-Gazette, mangsa diikat dan dipukul sebelum merompak semua barangan peribadinya termasuk telefon bimbit.

Selepas ketiga-tiga perompak itu beredar, lelaki tersebut dapat melepaskan diri dan menghubungi talian kecemasan.

Ketiga-tiga mereka berjaya ditahan polis dan  didakwa kerana menculik, menyerang, merompak bersenjata dan mencuri.

Drama berterusan apabila dua wanita itu diletakkan dalam sel sama dan bergaduh antara satu sama lain.

Wheeler dilapor menumbuk, menyepak dan menarik Bailey supaya bangun daripada kerusi panjang yang dijadikan tempat tidurnya.

Polis terpaksa mengasingkan mereka dan Wheeler kini berdepan dengan hukuman tambahan.- metro.co.uk 

Wanita , culik , rompak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain