suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panik! Tiba-tiba budak kaku, tangan basah 'melekat' di tiang elektrik

TULAR di media sosial rakaman sebuah video yang memaparkan kanak-kanak lelaki tertiarap tidak bergerak dengan tangannya melekat pada tiang elektrik.

Laporan Tribunnews menyebut, kanak-kanak berbaju biru itu terkena renjatan elektrik ketika secara tidak sengaja terpegang kabel yang tergantung pada tiang tersebut selepas keluar dari kolam renang dalam keadaan basah.

Kejadian itu mencetuskan panik dalam kalangan pengunjung di kolam renang Villa Meruyu, Jakarta Barat pada Sabtu lalu.

Petugas di situ juga dilihat cuba menyelamatkan budak itu dengan melepaskan genggaman tangan dan menariknya jauh daripada tiang itu sebelum melakukan bantuan pernafasan.

Keluarga kanak-kanak itu dalam kenyataan kepada media berkata, mangsa dikenali sebagai Putu Elang berada dalam keadaan baik dan masih menjalani rawatan.

"Alhamdulillah anakanda Putu Elang dalam keadaan baik-baik saja, sekarang masih menerima rawatan," katanya.

Penularan video berdurasi 46 saat di media sosial telah mendapat perhatian netizen yang bersyukur kerana mangsa selamat. -Tribunnews.com

Putu Elang, Villa Meruyu

Artikel Lain