suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita berang ibu mertua pakai gincu suka cium dua anaknya

FOTO: NewsTimes

SETIAP orang ada cara berbeza untuk menzahirkan kasih sayang mereka.

Namun, kebanyakan kita gemar sekali mencium kanak-kanak kecil, lebih-lebih lagi kerana geram dengan kecomelan mereka.

Terbaharu, seorang wanita menerusi laman web Netmums mendedahkan bahawa dia kurang senang dengan ibu mertuanya yang gemar mencium dua orang anaknya.

"Saya mungkin kedengaran macam bodoh tetapi saya menyampah, saya perasan ibu mertua saya suka cium anak saya terutamanya di bahagian bibir.

"Saya rasa tak suka sebab saya sendiri sebagai mak tak pernah cium mereka di bahagian bibir.

"Dia juga memakai gincu, saya rasa kurang senang," ujar wanita itu.

Namun katanya, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana tidak mahu suaminya berkecil hati.

Malah, dia yakin akan berlaku pergaduhan dengan pasangannya jika dia membangkitkan perkara itu.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar laman web itu berkata mereka tidak ada masalah dengan perkara itu.

Malah, mereka menyifatkan ciuman kepada anak ataupun cucu hanyalah cara untuk ibu mertuanya menzahirkan kasih sayang. - Mirror.

Ibu mertua, Cucu

Artikel Lain