Bengang 'dilamar' kawan tadika, budak perempuan ini terus buka langkah gusti - Dunia | mStar

Bengang 'dilamar' kawan tadika, budak perempuan ini terus buka langkah gusti

USIANYA baru tiga tahun, tetapi jangan buat main dengan budak perempuan ini!

Kynlee McFetridge dari St Charles, Missouri kantoi apabila gurunya mendapat tahun mengenai perbuatannya mencekak leher rakan sekolahnya.

Ironinya, sksi 'serangan' itu dilakukan kanak-kanak comel ini semata-mata kerana si budak lelaki berkenaan telah melamarnya.

"Saya mencekak lehernya kerana dia melamar saya. Tentunya tidak kerana kanak-kanak tidak boleh berkahwin," katanya budak pra sekolah ini ketika dirakam ibunya, Kristen McFetridge.

Ayahnya, Scott memberitahu Fox2, dia mendapat tahu mengenai insiden itu sebaik tiba di sekolah anaknya untuk mengambil Kynlee pulang.

Katanya, guru Kynlee turut ketawa apabila menceritakan aksi gusti anaknya dan dia cuba menahan untuk tidak turut ketawa apabila mendengar kata-kata guru itu.

"Saya memang menahan diri daripada ketawa, tapi ia sebenarnya sesuatu yang melucukan," katanya.

Scott turut mengakui perbuatan Kynlee itu kerana beliau sendiri melatih  anaknya bergusti.

Semuanya bermula apabila Kynlee dilahirkan dengan masalah jantung dan perlu menjalani pembedahan pada usia lima bulan.

Bagi memastikan Kynlee dapat terus membesar dan mampu mempertahankan dirinya, Scott mengajar anaknya bergusti.

"Saya hanya mahu dia kuat, bukannya menyerang sesiapa," katanya.-metro.co.uk

Kynlee , gusti

Artikel Lain