suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minum air kencing sendiri selama 3 tahun, lelaki ini dakwa makin bijak, sihat dan gembira

BERCERITA soal kesihatan, setiap individu mempunyai rutin dan rahsia tersendiri.

Ada yang suka bersenam di gim, ada pula yang mengambil pemakanan tertentu.

Namun, kisah seorang lelaki yang menjadikan air kencing sendiri sebagai minuman kesihatan ternyata mengejutkan ramai pihak.

Fabian Farquharson, 37, berkata, dia sudah mengamalkan minuman itu sejak tiga tahun lalu.

Jelasnya, semua itu bermula apabila dia membaca mengenai kelebihan air kencing menerusi internet.

Setiap hari, dia akan meneguk air kencing baharu dan juga air kencing yang disimpan dalam tempoh sebulan.

Bekerja sebagai pereka hiasan dalaman, dia mendakwa semakin sihat, gembira dan bijak apabila mengamalkan minuman itu.

"Saya membuat pencarian mengenai perubatan alternatif dan membaca mengenainya.

"Saya memang berfikiran terbuka, saya cuba minum air kencing. Setelah percubaan itu, saya mula rasa hebat.

"Seolah-olah penuh dengan tenaga. Ia menjadi amalan harian saya. Anda pun patut cuba," kata Fabian seperti dilaporkan  Mirror.

Dalam pada itu tiada bukti perubatan mengatakan air kencing boleh membantu memberi kesihatan kepada tubuh badan.

Fabian Farquharson

Artikel Lain