suria

Ibu bapa mohon sperma anak lelaki disah mati otak untuk elak nama keluarga terkubur

IBU bapa kepada seorang pemuda yang cedera parah akibat kemalangan ketika bermain ski dibenarkan untuk mendapatkan sperma anak lelaki mereka bagi mengembangkan keturunan keluarga berkenaan.

Kadet Tentera Amerika Syarikat, Peter Zhu disahkan mati otak empat hari selepas terlibat dalam kemalangan di West Point yang telah mencederakan tulang belakangnya dan mengakibatkan pengaliran oksigen ke otak tersekat.

Pada Jumaat lalu, Monica dan Yongmin Zhu memfailkan petisyen di mahkamah untuk mendapatkan sperma anak mereka sebelum organnya didermakan.

"Peter begitu mengharapkan untuk mempunyai anak sendiri malahan pernah menyatakan untuk membesarkan lima anak.

"Jadi kami memohon untuk mendapatkan sebahagian kecil daripada diri Peter supaya dapat membawa kegembiraan kepada semua terlibat," demikian sebahagian kandungan petisyen itu.

Keluarga itu memaklumkan kepada mahkamah mengenai Peter yang juga anak lelaki tunggal dan jika gagal mendapatkan spermanya ia bermakna keturunan mereka tidak akan berkembang dan nama keluarga itu akan berkubur.

Susulan itu, hakim menerima permohonan keluarga Zhu dan mengarahkan Pusat Perubatan Westchester untuk mendapatkan sperma berkenaan.

Prosiding kes ini akan bersidang semula pada 21 Mac ini untuk memperincikan kaedah terbaik untuk mendapatkan sprema berkenaan.-metro.co.uk



sperma, Zhu, ski

Artikel Lain