Kisah realiti '50 First Dates'... lelaki setia buat tunang hilang ingatan jatuh cinta setiap hari - Dunia | mStar

Kisah realiti '50 First Dates'... lelaki setia buat tunang hilang ingatan jatuh cinta setiap hari

Menurut laporan di Jepun, memori Maruyama tidak akan mengingati apa-apa pada keesokan hari.

SEORANG kekasih yang setia menghabiskan masa setiap hari untuk membuatkan pasangannya jatuh cinta padanya sekali lagi, selepas teman wanitanya itu mengalami amnesia atau hilang ingatan akibat kemalangan.

Kisah benar itu menyamai filem 50 First Dates, lakonan Adam Sandler dan Drew Barrymore, mengenai seorang wanita yang mempunyai daya ingatan jangka pendek selepas kemalangan.

Menurut beberapa laporan di Jepun, Maruyama yang berusia 24 tahun terlibat dalam kemalangan motosikal, menyebabkan dia tidak dapat mengecam insan terdekatnya, termasuk tunangnya sendiri, Li Huayu.

Kegigihan Li untuk membuatkan tunangnya jatuh cinta padanya setiap hari.

Walaupun keadaannya semakin buruk, Li tidak pernah berputus asa dan berharap tunangnya itu akan mengingati semuanya.

Menurut Oddity Central yang memetik laporan TV Jepun, kecederaan yang dialami Maruyama membuatkan pasangan itu terpaksa membatalkan rancangan perkahwinan.

Ingatan Maruyama akan kembali baharu setiap pagi, dan ini bermakna Li perlu memperkenalkan dirinya kepada tunangnya itu setiap pagi.

Li dilaporkan memberitahu Maruyama: "Kamu mungkin hilang memori, tetapi kita boleh mencipta yang baharu."

Adam Sandler dan Drew Barrymore dalam filem 50 First Dates.

Maruyama menulis segala-galanya yang berlaku pada dirinya setiap hari, maka dia boleh mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupannya.

Dalam satu perkongsian yang menyayat hati, Maruyama dikatakan bertanya kepada Li: "Saya mungkin hilang memori lagi, malah melupakan anda selama-lamanya, adakah anda masih sanggup bersama saya?"

Bagaimanapun, bercakap kepada rangkaian TV, Maruyama berkata: "Tidak kira berapa banyak saya hilang memori, saya percaya saya akan sentiasa jatuh cinta padanya." - Mirror UK

Maruyama , 50 First Dates , amnesia , Li Huayu

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?