Budak lima tahun terperangkap 12 jam dalam runtuhan tsunami ditemui hidup - Dunia | mStar

Budak lima tahun terperangkap 12 jam dalam runtuhan tsunami ditemui hidup

Ali ditemui dalam keadaan masih hidup.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berjaya ditarik keluar daripada sebuah kereta yang terperangkap dalam timbunan sisa runtuhan akibat tsunami.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Ali terselamat meskipun terperangkap selama 12 jam di dalam kereta terbabit.

Polis menarik sisa kayu dan runtuhan dari kereta terbabit yang terperangkap dibawah pokok yang tumbang.

Sebaik sahaja ditarik keluar, kanak-kanak itu menangis dan memeluk erat pegawai yang menyelamatkannya.

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat individu lain bersama Ali di dalam kereta terbabit.

Pasukan keselamatan giat mencari mangsa yang masih hilang dibadai ombak tsunami di Selatan Lampung.

Lebih 200 nyawa terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera selepas tsunami melanda Kepulauan Jawa dan Sumatera malam Sabtu.

Tsunami berlaku susulan gegaran di bawah tanah dipercayai berpunca daripada letusan gunung berapi Anak Krakatao.

Penduduk setempat berkata tiada amara tsunami dikeluar semasa bencana berlaku.

Beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih tinggi.

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata ratusan kediaman dan bangunan musnah teruk akibat bencana itu. - Mirror.co.uk

tsunami , Selat Sunda

Artikel Sebelum

Korban tsunami Selat Sunda terus meningkat

Artikel Berikut

Main gitar semasa doktor bedah otak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain