suria

Nama Meghan Markle, anak ketiga Putera William paling popular di UK dan AS

Nama Meghan menjadi popular selepas dia berkahwin Mei lalu. FOTO: stmed.net

NAMA Meghan ternyata semakin popular setelah Meghan Markle menjadi isteri kepada pewaris takhta Britain, Putera Harry pada Mei lalu.

Ia bukan sahaja popular di United Kingdom (UK) malah turut menjadi pilihan utama di Amerika Syarikat (AS).

Populariti nama berkenaan didedahkan oleh laman web BabyCentre, baru-baru ini.

Ujar laman web itu, berlaku kenaikan sebanyak 49 peratus bagi nama Meghan.

Selain itu, nama Louis turut meningkat sebanyak 17 peratus, setelah ia menjadi pilihan Putera William dan Kate Middleton sempena kelahiran anak mereka pada April lalu.

Selain Meghan dan Louis, nama Eugenie, Jack turut menjadi pilihan ramai setelah Puteri Eugenie dan Jack Brooksbank melangsungkan perkahwinan pada Oktober lalu.

"Nama Louis naik 17 peratus selepas kelahiran anak ketiga Putera William dan Kate.

"Begitu juga nama Meghan iaitu peningkatan populariti sebanyak 49 peratus selepas mereka berkahwin pada 19 Mei lalu di Istana Windsor," tulis laman web itu.

Meghan dan Putera Harry dijangka melahirkan bayi sulung mereka pada pertengahan tahun hadapan.

Malah, nama anak mereka ditunggu-tunggu dan orang ramai menyifatkan ia bakal menjadi nama paling popular untuk tahun-tahun berikutnya. - Express.UK.

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain