suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang naik angin kepanasan, kabin pesawat macam sauna

Penumpang mengadu keadaan di dalam kabin pesawat bahang dengan baunya seperti wayar terbakar. Foto The Siberian Times

PENUMPANG dibiarkan menaiki pesawat dalam keadaan bahang apabila suhu di dalam kabin seperti sauna dengan suhu 50 darjah celsius (C).

Sebelum itu, mereka merasai pengalaman seperti di dalam peti sejuk selepas berdiri di dalam bas dengan pintu terbuka di luar terminal, ketika itu suhunya -25C.

Bagaimanapun, sebaik mereka menaiki penerbangan di lapangan terbang Tolmachevo di Novosibirsk, Rusia, para penumpang dikejutkan dengan suhu yang membahang.

Penyanyi, Vladimir Shakrin berkata: "Malah bila saya letak tangan ke atas (punca penyaman udara) dan ia berasa seperti mendidih.

"Suhunya seperti 45 atau 50C," katanya.

Menurutnya, keadaan di dalam pesawat itu dikatakan seperti sebuah sauna, dan penumpang mula mengadu mengenai perkara itu ketika pesawat masih di landasan.

"Paling teruk apabila bau seperti wayar terbakar, bila penebat mula berbau kerana bahang," katanya.

"Penumpang marah-marah kerana merasakan ia berbahaya. Mereka mula membuat bising menjerit 'mahu keluar dari pesawat', 'hentikan pesawat', 'saya tidak mahu terbang', 'pesawat anda tidak okay'.

Kapten juruterbang kemudian tampil dan menegaskan tiada risiko tetapi mengakui masalah berkaitan dengan penyaman udara.

Dia cuba menenangkan penumpang dengan mengatakan semuanya dalam keadaan baik selepas berlepas, tetapi tidak.

Dua penumpang wanita jatuh sakit dan terpaksa dipindahkan ke kawasan kru kabin yang lebih sejuk.

Jawatankuasa Siasatan Rusia di Ekaterinburg, di mana pesawat tersebut mendarat selepas penerbangan selama dua jam, mengumumkan ia menyiasat mengenai seorang penumpang memuat naik status 'penerbangan dari neraka' selepas suhu berubah secara mendadak dari terminal sehingga ke dalam pesawat.

Pasukan penyiasat akan menyiasat punca insiden. - Mirror Online

pesawat, sauna

Artikel Lain