suria

Minat memasak, siapa sangka nenek moyang Meghan pernah jadi tukang masak di istana

Meghan Markle suka memasak. Foto Jenny Zarins via Getty Images/Mirror Online

SEHINGGA kini, ramai menyangka Meghan Markle hanya dikaitkan dengan keluarga diraja Britain selepas bertemu Putera Harry pada 2016.

Duchess of Sussex berusia 37 tahun itu kemudian mempunyai hubungan dengan keluarga diraja itu secara rasmi apabila mereka berkahwin pada Mei tahun ini, dan hamil anak pertama.

Bagaimanapun, hubung kait Meghan dengan kerabat diraja itu sebenarnya menjangkau lebih 160 tahun, dan semua itu disebabkan oleh nenek moyang, Mary Bird.

Saudara-mara Meghan sebelum ini mendakwa Mary pernah bekerja di Istana Windsor sebagai pembantu rumah, tetapi kini dimaklumkan dia adalah tukang masak.

Menurut data pangkalan kakitangan istana, terdapat seorang pekerja bernama M. Bird yang disenaraikan dalam buku bayaran mingguan Istana Windsor pada 1856.

Memetik laporan The Express, ketika itu merupakan tahun yang sama Mary berada di United Kingdom.

Moyang Meghan kemudian berkahwin dengan Thomas Bird, seorang pembuat kasut warga Ireland yang berkhidmat sebagai pegawai dalam tentera Britain.

Disebabkan hubungan itu, Mary disisihkan daripada kelaurga dan pasangan tersebut berpindah ke Malta dan memulakan kehidupan berkeluarga pada 1862.

Mereka dikurniakan dua anak, termasuk moyang Meghan yang juga bernama Mary.

Keluarga itu menghabiskan masa 20 tahun berikutnya di Malta dan kemudian berhijrah ke Kanada selepas suaminya meninggal dunia. 

Mary dikatakan mempunyai hubungan dengan Meghan bagi keluarga di sebelah bapanya.

Tugas Mary nampaknya berbeza begitu ketara dengan kedudukan Meghan yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga diraja Britain.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka berkongsi minat yang sama iaitu memasak.

Duchess of Sussex itu sering dirakamkan sedang membuat kek dan memasak beberapa kali sejak berkahwin dengan Putera Harry. - Mirror Online

Meghan Markle

Artikel Lain