suria

Organ pelajar pintar beri peluang kedua Underwood jalani kehidupan normal

DUA tahun lalu, pemuda ini bertindak melepaskan tembakan yang mengakibatkan wajahnya cedera parah.

Susulan itu, Cameron Underwood terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan tertekan kerana sukar menerima kenyataan berikutan kekurangan pada dirinya.

Bagaimanapun Januari lalu, lelaki dari bandar Yuba, California ini terbang ke New York untuk menerima wajah baharu selepas menerima penderma selepas enam bulan menunggu, tempoh paling singkat direkodkan untuk tempoh menunggu penderma organ setakat ini.

Kira-kira 25 jam, sekumpulan doktor berusaha untuk memperbaiki wajah Underwood bagi membolehkan pemuda ini meneruskan kehidupan secara normal.

Kini selepas beberapa bulan pembedahan yang diketuai Dr Eduardo D. Rodriguez, Underwood semakin yakin.

Antara proses yang dilakukan adalah memotong dagunya dan diganti dengan organ penderma menggunakan plat titanium.

Selain dagunya yang rosak teruk, gigi dan hidung Underwood juga cedera parah.

Penderma adalah penuntut Universiti John Hopkins, William Fisher dari Manhattan, seorang pelajar pintar yang mendaftar sebagai penderma organ.

Walapun masih sedih dengan kehilangan William, namun ahli keluargannya merelakan organnya digunakan untuk membantu Underwood menjalani kehidupan yang lebih selesa.-JakartaPost

Artikel Lain