Doktor bunuh ibu, adik selepas gagal ubati migrain - Dunia | mStar

Doktor bunuh ibu, adik selepas gagal ubati migrain

GOVINDA Prakash semakin gusar apabila ibu dan adik perempuannya sering diserang migrain, tahap sakit kepala yang keterlaluan hingga mengganggu kehidupan harian mereka.

Tambah membinggungkan apabila lelaki yang juga seorang doktor itu putus asa apabila pelbagai usaha yang dilakukannya gagal melegakan kesakitan dua insan tersayang itu.

Lebih menyedihkan apabila doktor berusia 43 tahun itu mengambil jalan singkat tanpa berfikir panjang membunuh ibu, Mookambika, 75 dan adiknya, Shyamala, 40 dengan menyuntik racun.

Prakash juga cuba menamatkan hayatnya dengan perbuatan sama tetapi gagal.

Menurut agensi berita PTI, siasatan polis Bengaluru mendapat Prakas bertindak sedemikian kerana terlalu sedia gagal mengubati penyakit ibu dan adiknya.

"Nota mengesahkan Prakash yang membunuh ibu dan adiknya serta cubaan dirinya membunuh diri ditemui di tempat kejadian," menurut laporan agensi berita itu.

Sementara itu, susulan kejadian itu, Prakash telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Prakash , Bengaluru

Artikel Lain