suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingatkan pisau prop! Wanita dakwa tidak sengaja tikam rakan lelaki

Seorang wanita mendakwa tidak sengaja menikam rakannya selepas dihulurkan pisau oleh individu tidak dikenalo. - Reuters/Rafael Marchante

KEGEMBIRAAN empat sekawan menyambut parti Halloween bertukar tragedi selepas mereka mendakwa didekati oleh seseorang yang menghulurkan pisau betul yang digunakan untuk menikam rakan mereka.

Police Metro sedang menyiasat insiden yang berlaku di lokasi tarikan Halloween, Nashville Nightmare di Madison pada malam Jumaat lalu.

Menurut laporan insiden daripada pihak polis, mereka diberitahu bahawa kumpulan seramai empat orang itu telah pergi ke Nashville Nightmare dan ketika sedang beratur, mereka dihampiri oleh seseorang yang mereka sangkakan adalah pekerja di rumah hantu tersebut.

Individu yang tidak dikenali itu bertanya salah seorang wanita dalam kumpulan tersebut jika dia cuba mencari fasal dengannya.

Mangsa kemudian hanya mengikut 'permainan' itu dan berkata 'ya'.

Kemudian, individu yang tidak dikenali itu memberikan wanita tersebut sebilah pisau yang mana disangka oleh oleh wanita berkenaan hanyalah pisau mainan.

Suspek berkata: "Ambil ni, tikam dia."

Polis berkata, wanita berkenaan kemudian menikam mangsa yang merupakan rakannya.

Apabila dia menarik keluar pisau itu, barulah dia menyedari ada darah yang keluar dari lengan kiri rakan lelaki tersebut.

Wanita berkenaan memberitahu polis, dia tidak berniat untuk mencederakan rakannya.

Pasukan paramedik kemudian tiba untuk merawat mangsa berkenaan.

Bagaimanapun, identiti individu yang menghulurkan pisau itu masih tidak dikenal pasti. - Fox11

Halloween

Artikel Lain