suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas suami Meghan berkahwin selepas enam bulan perkahwinan diraja berlangsung

BEKAS suami Meghan Markle, Trevor Engelson telah berkahwin buat kali kedua, menurut laporan media.

Kurang daripada enam bulan selepas perkahwinan diraja berlangsung, penerbit filem berusia 41 itu dipercayai telah berkahwin dengan pakar diet, Tracey Kurland, 32, dalam upacara tertutup di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Daily Mail melaporkan, mereka bertukar sumpah menjadi suami isteri di kawasan eksklusif Hidden Hills pada hujung minggu lalu.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial dan sudah dipadamkan itu menunjukkan pengantin wanita mengenakan gaun putih paras lutut, sementara Trevor dalam persalinan sut biru muda dan kemeja merah jambu.

Trevor melamar Tracey di Lembah Napa hanya beberapa minggu selepas Meghan berkahwin dengan Putera Harry.

Mengumumkan secara terbuka berita gembira itu, Trevor berkongsi gambar mereka berdua sambil Tracey memegang cincin berliannya.

Memetik laporan Mirror UK, bekas suami Meghan menegaskan bahawa: "Saya tahu saya lelaki paling beruntung! Bersedia untuk berparti!"

Meghan Markle, Trevor Engelson

Artikel Lain