suria

Pelajar nampak lampu berkelip ketika buang air, rupa-rupanya cikgu pasang kamera pengintip

-Gambar hiasan

PIHAK berkuasa sedang memburu seorang guru sekolah menengah awam di Iloilo yang didakwa memasang kamera pengintip di tandas pelajar perempuan.

Dalam laporan Bombo Radyo, Timbalan Komander Meja Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak di Balai Polis Perbandaran Alimodian, Filipina P02 Vivian Alingalan berkata suspek telah berhenti hadir bertugas di Sekolah Tinggi Sinamay.

Pada Rabu, seorang pelajar menjumpai kamera itu selepas menyedari terdapat cahaya yang berkelip ketika dia sedang membuang air, lapor ABS-CBN News.

Dia juga tidak mustahil boleh terlepas pandang kamera itu kerana saiznya hanya sebesar duit syiling dan tersembunyi di bawah sinki tandas.

Suspek mungkin tidak memikirkan perkara-perkara lain, termasuklah identitinya sekalipun kamera itu ditemui.

Bagaimanapun menurut Bombo Radyo, wajahnya dapat dilihat ketika sedang memasang kamera selain rakaman dua lagi pelajar sedang membuang air.

Guru itu juga didakwa mengarahkan murid-muridnya untuk berdiri di atas mangkuk tandas ketika kencing.

Selain polis, Jabatan Pendidikan turut menyiasat kejadian tersebut, kata ABS-CBN News.

Kes terhadap guru itu masih belum difailkan kerana pihak berkuasa masih mengumpul keterangan daripada pelajar tetapi dia boleh menghadapi tuduhan melanggar Akta Anti-Voyeurism dan Anti Penderaan Kanak-kanak.

Dia juga boleh berdepan pertuduhan pentadbiran.

Bulan lepas, seorang warga Filipina mengaku memasang kamera GoPro di dalam bilik mandi untuk merakamkan aksi rakan sebiliknya.

Artikel Lain