Isteri orang 'bakar' alat sulit remaja guna penyepit panas gara-gara tolak ajakan buat seks - Dunia | mStar

Isteri orang 'bakar' alat sulit remaja guna penyepit panas gara-gara tolak ajakan buat seks

SEORANG wanita didakwa pada Selasa selepas dia menculik seorang budak lelaki berusia 13 tahun di rumahnya di Greater Noida dekat Delhi, India.

Tambah menakutkan, wanita itu mencederakan alat sulit mangsa dengan penyepit panas kerana enggan melakukan seks, kata polis.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kampung Capraula dan suspek telah menghilangkan diri.

Ibu remaja tersebut mendakwa wanita terbabit, seorang wanita yang telah berkahwin, sudah beberapa kali menggoda anaknya.

"Wanita tersebut sudah berkahwin dan berusia lewat 20-an telah menggoda budak lelaki itu untuk ke rumahnya pada tengah hari Jumaat ketika dia berseorangan," kata polis.

Aduan dibuat pada Selasa dan wanita itu didakwa kerana mencederakan mangsa menggunakan senjata, mengurung secara salah, menculik dan ugutan jenayah.

Wanita berkenaan juga didakwa di bawah Perlindungan Kanak-kanak dari Kesalahan Seksual (POCSO), kata pegawai itu.

"Polis sedang menyiasat perkara itu daripada semua sudut. Kelewatan membuat laporan polis mencetuskan beberapa soalan yang tidak terjawab," katanya. - Asian Age

gangguan seksual

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain