suria

Dulu gemuk kini kurus, pengikut lelaki ini kutip derma biaya kos bedah kulit menggeleber

-foto Copy Media

SEORANG lelaki yang berat badannya dulu 216kg kini telah berjaya menurunkan separuh dari angka itu.

Pengikut Instagramnya kini membuka halaman untuk mengumpul dana bagi membuang kulitnya yang menggeleber.

Jack Towers, 21, dari Ashford, Kent yang turun 114kg dalam masa lebih setahun, kini berusaha untuk mengumpul £25,000 (RM135,136) bagi melakukan pembedahan kulit menggeleber selepas berat badannya turun secara dramatik.

Pembantu penjagaan pelanggan itu memulakan pelan diet dan senaman ketat pada Januari tahun lepas selepas doktor memberi amaran dia berisiko menghidap kencing manis.

Towers tidak lagi menyentuh coklat dan keropok sebaliknya memasak makanan sihat di rumah.

Setelah setia dengan pelan pelangsingan yang menghalangnya daripada makanan makanan berlemak, makanan ringan dan alkohol, lelaki berusia 21 tahun ini berjaya mencapai sasaran dalam tempoh lebih dari 12 bulan.

"Saya jumpa doktor dan mereka beritahu saya hampir prediabetik. Mendengarnya pada usia 20 tahun adalah satu kejutan.

"Saya bergurau dengan doktor. Saya beritahu dia saya akan kembali dalam masa enam bulan dan dia tak akan kenal saya. Itu sahaja, saya sudah buat satu janji.

"Saya memasak semuanya di rumah dan berat badan saya menurun. Saya mempunyai lebih banyak tenaga dan keyakinan. Saya benar-benar merasakan saya mendapat kembali kehidupan sebenar," katanya.

Penurunan berat badan yang besar telah menyaksikan dia mengumpul lebih dari 92,000 pengikut di akaun @towers-weightjourney yang menceritakan perjalanan hidup dan sikap positifnya terhadap kehidupan.

Tetapi ia juga telah menyebabkan satu lagi masalah kepadanya iaitu kulit menggeleber yang mana senaman dan pemakanan sahaja tidak cukup dan £25,000 diperlukan untuk menghilangkannya.

Dia memaparkan foto-foto badan baharunya di media sosial, menunjukkan semua kulit menngelebernya akibat penurunan berat badan.

Dia juga mendedahkan telah mengadakan rundingan dengan kinik swasta untuk pembedahan kulit kerana pembedahan itu tidak dibiayai di NHS.

"Ia boleh menjadi pembedahan berisiko kerana ia melibatkan seluruh tubuh."

"Memiliki kulit menggelebeh bukanlah perkara memalukan ia adalah sebahagian daripada perjalanan saya dan sesuatu yang saya akan sentiasa banggakan."

Walaupun tidak bercadang menubuhkan laman pengumpulan dana sendiri, pengikutnya telah memutuskan untuk membantunya dengan cara itu.

Suzie Skene menubuhkan halaman Go Fund Me, menggalakkan semua orang yang mendapat ispirasi dari kisah Jack untuk menderma.

"Dia seorang lelaki muda yang mengikut pelan diet dan kini telah hilang lebih dari 114kg yang menakjubkan!

"Pembedahan melibatkan kos tinggi, dia tidak mendapat kelulusan pembedahan NHS jadi dia harus membayarnya sendiri.

"Dia mempunyai ribuan pengikut di Instagram, dan jika setiap orang menyumbang, dia dapat mencapai sasarannya dalam waktu singkat."

Had untuk halaman GoFundMe telah ditetapkan pada £35,000 dan Jack berjanji jika mempunyai baki setelah pembedahannya selesai, ia akan disumbangkan kepada badan amal. -DailyMail

gemuk, menggeleber, obesiti

Artikel Lain