suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 pemain bola sepak, jurulatih ditemui selamat

BANGKOK: Pasukan penyelamat semalam berjaya menjumpai sekumpulan 12 kanak -kanak yang juga pemain bola sepak Thailand serta jurulatih mereka yang terperangkap sejak sembilan hari lalu setelah memasuki gua Tham Luang di Chiang Rai.

Mangsa ditemui penyelam Britain yang membantu pasukan penyelamat tentera laut Thailand dalam operasi mencari besar - besaran berkenaan.

Menurut laporan, kesemua 13 mangsa terpaksa mencari perlindungan jauh ke dalam kawasan gua bagi mengelak kenaikan paras air mendadak.

Misi kini bertumpu kepada usaha membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat.

Terdahulu, operasi pencarian antarabangsa bagi menjejak mangsa berdepan pelbagai kesukaran akibat kenaikan paras air berikutan hujan lebat berterusan, sekaligus menyekat akses ke pintu masuk gua.  - Reuters/BBC




Tham Luang, bola, Thailand

Artikel Lain