suria

Lagu rap raikan berakhirnya sekatan pemanduan ke atas wanita di Arab Saudi

SEORANG penyanyi wanita di Arab Saudi merakamkan lagu rap sebagai tanda meraikan pengakhiran sekatan memandu untuk wanita di negara itu.

Lagu rap berjudul We Are Driving mula tular apabila muzik video yang memaparkan aksinya memandu kereta dimuat naik ke internet.

Penamatan sekatan pemanduan untuk wanita di negara konservatif itu mula berkuat kuasa Ahad lalu.

"Jangan lupa ini hari ke-10 dalam kalendar Islam, ia bermakna tiada teksi diperlukan, saya tidak bergurau hari ini saya memandu," ujar wanita itu menerusi nyanyian rap berkenaan.

Sementara itu, video berkenaan yang tular di media sosial turut mendapat perhatian pihak berkuasa negara itu.


Pihak itu mendakwa dia memakai pakaian yang tidak sopan dan melanggar syarat serta arahan yang sudah ditetapkan.

Malah, mereka turut melancarkan siasatan ke atas video itu yang kini sudah mencecah hampir setengah juta tontonan di platform Youtube.

"Kerajaan Arab Saudi memberi kebenaran untuk wanita memandu dan ini perkara pertama yang dilakukan?" soal seorang pengguna Twitter.

Penyanyi itu kini dikhabarkan sudah meninggalkan negaranya. Dia menerusi laman Snapchat memuat naik sekeping foto yang memaparkan tiket penerbangan dan pasport miliknya. - Daily Mail

Arab Saudi, lagu rap

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain