suria

Peguam lahirkan bayi kembar empat

SEORANG wanita melahirkan bayi kembar empat di Hospital St George, London.

Hindu Kaye-Kisambira, melahirkan sepasang bayi lelaki yang dinamakan Ahmed dan Ayub serta sepasang bayi perempuan, Asma dan Hana.

Peguam berusia 27 tahun itu memilih nama Asma buat salah seorang bayinya sebagai tanda penghormatan buat doktor yang menyambut kelahiran itu.

Kembar empat merupakan kelahiran yang sangat jarang berlaku. Di England dan Wales misalnya hanya merekodkan kelahiran kembar empat sebanyak dua kali pada 2004, tiga kali pada 2015 dan lima kali pada 2016.

Dr Asma Khalil yang dibantuk lebih 30 pasukan perubatan berjaya menyambut kelahiran bayi itu pada 21 Jun lalu.

"Saya sangat berdebar dan teruja. Saya tahu saya selamat di bawah kendalian Dr Asma. Saya tak mampu untuk berterima kasih, jadi saya namakan bayi perempuan saya sempena," ujar wanita dari Cobham itu.

Sementara itu, Dr Khalil berkata kelahiran itu merupakan satu pencapaian yang hebat.

"Walaupun terdapat sedikit komplikasi, dia berjaya membawa kandungan itu sehingga berusia 32 bulan.

"Bayi kembar empat sangat jarang berlaku, jadi kami semua sangat teruja.

"Menyambut kelahiran bayi merupakan satu tugas yang sangat mulia. Tapi bila dia namakan anakanya sempena nama saya, pengalaman itu menjadi lebih istimewa," katanya lagi. - Metro.UK

kembar empat

Artikel Lain