suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angsa, itik jadi mangsa aksi kung fu

ORLANDO: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menjadikan haiwan di sebuah taman awam sebagai 'rakan sparring'.

Kejadian pelik itu berlaku di Lake Eola Park yang terkenal  sebagai tempat persinggahan angsa, baru-baru ini.

Seorang saksi memberitahu, dia melihat Rocco Joseph Mantella melakukan beberapa aksi kung fu ke atas haiwan terbabit.

Kata saksi tersebut, Mantella menendang kepala seekor angsa sekuat hati sambil ketawa terbahak-bakak.

"Dia tidak mempedulikan teguran pengunjung taman, malah dia menyerang angsa-angsa lain yang hampir dengannya.

"Bukan sahaja angsa, malah beberapa itik juga jadi mangsa lelaki itu," katanya.

Difahamkan, Mantella telah ditahan pihak berkuasa dan berdepan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.

Dia juga didenda AS$1,000 (RM3,922). - Metro.uk

angsa, Mantella

Artikel Lain