suria

"Whoosh...tiba-tiba ia keluar dari kubur"

SEORANG jurulatih kecergasan mendakwa diserang hantu sewaktu kunjungannya ke kawasan perkuburan lama yang usianya mencecah 800 tahun.

Tony Ferguson berkata, dia sempat merakam entiti yang terbang ke arahnya sewaktu berada di tanah perkuburan Gereja St Mary, Eling, Hants.

Video yang dirakam lelaki berusia 33 tahun itu menampakkan asap putih terbang ke arah kamera, yang didakwa sebagai hantu.

Orang ramai yang berkunjung ke kubur itu sebelum ini turut mengakui dapat merasakan kehadiran 'aura negatif.'

Susulan laporan itu, Tony yang juga seorang penyiasat paranormal membuat keputusan untuk melakukan siasatan.

Setelah meneliti rakaman berkenaan yang diperlahankan, Tony percaya ia merupakan roh seorang lelaki yang cuba menghalang orang ramai dari melawat perkuburan itu.

"Saya jarang menyiasat tanah perkuburan. Saya tak percaya hanya kerana mereka ditanam, mereka akan jadi berhantu. Tapi saya dapat merasakan kehadiran saya tak diterima sewaktu berada di kubur itu," ujar Tony.

Tambahnya lagi, peralatan yang dibawa seperti REM pod, alat untuk berkomunikasi dengan roh sering terpadam sewaktu berada di sana sekaligus mengesahkan kehadiran entiti paranormal.

"Tiba-tiba saya dengar bunyi 'whoosh,' ia keluar dari kubur terus ke arah saya. Bila saya semak balik rakaman, memang dapat lihat roh putih terbang.

"Ianya memang pelik. Kita sering mempersoalkan benda sebegini, tapi bila dah ada bukti visual, memang kita tak boleh pertikaikan lagi," ujarnya.

Tony mula memburu hantu lebih setahun lalu walaupun sudah meminati paranormal sejak kecil.

Sepanjang zaman kanak-kanaknya, Tony beberapa kali melihat kelibat roh seorang lelaki dan gadis muda di rumah neneknya.

"Membesar dengan persekitaran berhantu membuatkan saya sedar mengenai kelebihan saya.

"Setiap kali saya pergi ke tempat berhantu, entiti paranormal akan muncul. Jadi saya memutuskan untuk menggunakan kelebihan ini dan meneruskan hobi dalam siasatan paranormal.

"Pada mulanya saya tidak berkongsi video atau foto dengan sesiapa tapi selepas beberapa ketika saya memutuskan untuk berkongsi dan nampak ramai orang mula membuka mata ke dunia paranormal," katanya lagi.-Mirror.uk

Eling, Tony Ferguson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain