suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepas sembelih, suami selamba pegang kepala isteri buang di tempat sampah

SEORANG lelaki dirakam berjalan dengan selamba di lorong-lorong kecil sambil memegang kepala isterinya yang dipenggal.

Lelaki itu, yang hanya dikenali sebagai Zhang, 31, dituduh menyembelihnya di flat kediaman mereka, dalam kejadian di China.

Dia dipercayai keluar dari pintu depan rumahnya bersama kepala isterinya dan kemudian membawanya ke pusat pemindahan sisa untuk membuangnya.

Kejadian itu berlaku di kampung Kangle di daerah Haizhu, Guangzhou, Selatan China.

Kepala mangsa kemudian ditemui oleh pekerja sanitasi yang segera menghubungi polis.

Mayat Xia, 28, dijumpai tanpa kepala di dalam flat tempat dia dan suaminya tinggal, dengan Zhang kemudian ditangkap atas tuduhan membunuh.

Pasangan itu berasal dari utara China, kata pihak berkuasa daerah Haizhu dalam satu kenyataan umum.

CCTV juga muncul menunjukkan saat-saat ketika Zhang keluar dari pintu depan bangunan flatnya sambil memegang kepala isterinya menggunakan tangan kirinya.

Seorang lagi lelaki tidak dikenali turut dilihat menemaninya ketika dia berjalan dengan tenang di sepanjang jalan lorong sebelum melupuskan kepala pasangannya. -metroUK

penggal kepala, tapak pelupusan

Artikel Lain