Akhirnya hajat lelaki ini tercapai... - Dunia | mStar

Akhirnya hajat lelaki ini tercapai...

RIO DE JANEIRO: Peminat fanatik sukan bola sepak di Brazil membuktikan tanda sokongan padu terhadap pasukan pilihannya dengan melukis tatu jersi rasmi kelab bola sepak itu pada badannya.

José Maurício dos Anjos, menjadi perhatian di Brazil selepas dia membuat tatu jersi rasmi kelab bola sepak Flamengo pada keseluruhan badannya.

Seorang artis tatu dilaporkan mengambil masa selama 90 jam untuk menyiapkan tatu jersi pada badan lelaki berusia 30 tahun itu.

Tatu jersi dengan garisan hitam merah itu lengkap dengan lambang kelab bola sepak Flamengo di dada kiri dan nombor 10 di belakangnya.

Anjos memberitahu media Brazil, sejak kecil dia mengimpikan untuk memiliki jersi kelab itu yang kekal di badannya dan kini impiannya itu menjadi kenyataan.

“Saya meminati Flamengo sejak kecil lagi. Bapa saya adalah peminat setia Flamengo dan dia sering membeli jersi serta permainan daripada kelab itu.

“Saya selalu mengimpikan untuk memiliki tatu seperti ini. Kini 40 peratus badan saya mempunyai warna Flamengo,” katanya.

Anjos turut merakamkan kenangan ketika membuat tatu itu di laman instagram miliknya yang mempunyai 25,000 pengikut, kebanyakannya penyokong Flamengo.

Dia juga sering memuat naik gambar bersama legenda Flamengo, pemain dan peminat lain yang kagum dengan tatu dimilikinya itu.-Sport.net

Anjos , Brazil , Flamengo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain