suria

Model 'buat hal', peminat marah, geli makan durian!

-Gambar hiasan

TINDAKAN seorang model bergambar bersama durian dengan aksi ghairah telah membangkitkan kemarahan peminat 'raja buah'.

Foto-foto tersebut yang tular di Thailand menunjukkan Phitchayamon Longthong duduk terkangkang sambil memegang sebiji durian dan 'berposing' gaya tidak senonoh menggunakan buah tersebut.

Gambar-gambar itu dipaparkan di laman Facebook 'Sexy Angel' yang mengandungi himpunan gambar seksi model tempatan dan mempunyai lebih dari 2 juta pengikut.

Ia telah dikongsi lebih 64,000 kali, tetapi netizen berpandangan bukan durian yang menjadi subjek utama kepada gambar-gambar itu.

"Ini adalah perkara terburuk yang pernah saya lihat," tulis seorang lelaki.

"Kalau saya seorang pekebun durian, saya akan kumpul semua kawan pekebun saya untuk menangkap kamu kerana mencemarkan keaslian durian dan membuat orang berasa jijik," kata seorang wanita lagi.

model seksi, durian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain