suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

35 Maut, Puluhan Kanak-Kanak Hilang Pusat Beli-Belah Terbakar

Kebakaran berlaku di pusat membeli-belah di Kemerovo di Siberia, Rusia pada Ahad. Foto Danil Aikin/TASS

SERATUS orang dikhuatiri maut dan berpuluh-puluh kanak-kanak hilang selepas kebakaran dipercayai berlaku di pusat membeli-belah di Siberia, Rusia.

Sekurang-kurangnya 35 dilaporkan maut dalam insiden yang berlaku di Kemerovo, Siberia pada Ahad.

Beberapa orang dilihat melompat keluar dari bangunan itu bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran dipercayai bermula dari pusat permainan kanak-kanak di bangunan berkenaan.

Pihak berkuasa memberitahu, 69 orang masih hilang, dengan 40 daripadanya adalah kanak-kanak.

Setakat ini, pasukan bomba menemui 13 mayat dijumpai di dalam panggung wayang di gedung itu.

Kebakaran berlaku sekurang-kurangnya selama lima jam, dan pasukan keselamatan kini sedang melakukan operasi mereka yang hilang. - Mail Online UK

Kemerovo

Artikel Lain