suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aceh Cadang Pancung Kepala Pesalah Kes Bunuh

Gambar Hiasan

WILAYAH Aceh yang mengamalkan hukuman rotan terhadap pesalah kes judi, zina dan golongan gay bakal memperkenalkan kaedah memancung kepala untuk kesalahan bunuh.

Ketua Undang-Undang Syariah dan Hak Kemanusiaan, Syukri M Yusuf berkata, kerajaan wilayah itu telah memintanya untuk menjalankan kajian berhubung perkara itu.

Katanya, kaedah hukuman itu perlu diteliti sama ada ia boleh dilaksanakan mengikut undang-undang Islam, selain mendapatkan pandangan orang ramai.

"Memenggal kepala lebih kepada undang-undang Islam dan ia boleh memberi kesan mendalam. Hukuman yang berat dilaksanakan bagi menyelamatkan orang ramai.

"Kami akan mula merangka undang-undang itu selepas kajian akademiknya lengkap," katanya.

Aceh yang didiami majoriti umat Islam di Indonesia adalah wilayah tunggal yang melaksanakan undang-undang Syariah sejak 2005 sempena kemerdekaannya.

Menurut Yusuf, jika undang-undang Syariah dilaksanakan, ia dapat membantu mengurangkan dan akhirnya menghapuskan kejadian jenayah dan pembunuhan.

Ketika ini, katanya, hukuman yang dikenakan terhadap pesalah kes bunuh boleh dianggap sederhana dan ia boleh mendorong mereka mengulangi kesalahan selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Tegasnya, Arab Saudi misalnya telah melaksanakan hukuman berat melibatkan pesalah kes bunuh.

Indonesia mempunyai hukuman mati terhadap jenayah seperti bunuh dan penyeludupan dadah di mana ia dilaksanakan skuad penembak.

Kali terakhir skuad penembak melaksanakan tugas mereka adalah 2016 apabila tiga warga Nigeria  dan seorang rakyat tempatan yang terlibat kes dadah ditembak mati di penjara Nusa Kambangan.


Aceh, syariah

Artikel Lain