Kerana Donald Trump, Guru Diugut Bunuh, Diusir - Dunia | mStar

Kerana Donald Trump, Guru Diugut Bunuh, Diusir

SEWAKTU isterinya melahirkan anak mereka pada 2016, seorang lelaki dari Afghanistan, Asadullah Poya mengambil keputusan untuk menamakan anaknya Donald Trump.

Pada waktu itu, Donald Trump bukanlah seorang pemimpin politik yang dikritik hebat, namun dia hanyalah seorang jutawan selebriti terkenal.

Poya yang mengagumi Trump setelah membaca terjemaan buku Trump: How To Get Rich berkata, dia suka akan kisah kejayaan ahli perniagaan itu.

Disebabkan itu, dia mendapat inspirasi untuk menamakan anaknya dengan nama personaliti terkemuka itu.

Dia turut berharap keputusan menamakan anaknya mengikut nama jutawan itu akan membawa nasib yang baik serta rezeki melimpah buat mereka.

Ibubapa Poya bagaimanapun marah apabila dia menamakan anaknya dengan nama individu  bukan Islam.

Lebih teruk, imam di kampung mereka turut menyelar nama itu menerusi khutbah Jumaat dan menganggap ia sebagai satu penghinaan.

"Setiap hari keadaan semakin teruk. Bila saya panggil nama anak saya, bapa saya semakin marah. Dia memang sudah tidak boleh bertoleransi mengenai hal ini," ujarnya.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai guru dan berpindah ke Kabul.

Namun, perpindahan itu juga tidak memberi kesan baik kepada mereka.

Pada Khamis, lima jirannya menemui tuan tanah tempat dia menyewa dan meminta agar Poya sekeluarga diusir kerana nama itu.

Malah, dia dituduh menggunakan nama itu pada anaknya sebagai satu stratergi untuk memudahkan urusan memohon suaka perlindungan di Amerika Syarikat.

Poya bagaimanapun tidak mahu meninggalkan negara asalnya.

Jelasnya, dia tidak mahu nama anaknya menjadi bualan ramai namun sebaliknya terjadi apabila seorang pegawai kerajaan mendedahkan nama anaknya di Facebook.

Dia dan isterinya juga terpaksa menutup akaun Facebook setelah mereka menerima pelbagai mesej kebencian dan ugutan bunuh.

"Ia adalah satu nama sahaja. Nanti bila anak saya dah besar, dia boleh tukar nama itu kalau itu yang dia mahukan," kata Poya.

Dalam pada itu, Poya turut berharap agar dia dapat menemui Donald Trump yang sebenar suatu hari nanti.

Katanya, dia ingin berbicara dengan Presiden AS itu dan berharap agar dia dapat membawa keamanan di Afghansitan.

Tambahnya, jika dia mendapat anak perempuan kelak, dia akan menamakan anaknya sebagai Ivanka Trump.-SouthChinaMorningPost

Trump , Poya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain