suria

'Polis Fesyen' Kesan Pencuri Dari Baju Mahal

Gambar hiasan. Foto markusspiske/Pixabay

POLIS di bandar Rotterdam di Belanda sedang melancarkan program perintis yang bertujuan mengurangkan jenayah. 

Program tersebut akan mensasarkan lelaki muda yang memakai pakaian berjenama atau barang kemas mahal, sedang mereka sepatutnya kelihatan seperti tidak berkemampuan untuk membelinya.

Jika mereka tidak dapat membuktikan kepada polis bagaimana mereka boleh membeli pakaian dan/atau aksesori mereka, barang-barang berkenaan mungkin dirampas di tempat kejadian, malah suspek juga diminta untuk menanggalkan pakaian.

Program kontroversial itu akan dijalankan dalam masa yang terhad untuk menguji keberkesanannya.

Jabatan Polis Rotterdam akan bekerjasama dengan jabatan pendakwa raya untuk membantu mereka menentukan perkara-perkara yang boleh menyita secara sah.

Idea utama di sebalik usaha ini adalah untuk menangani kes kecurian dengan menghantar isyarat bahawa pelaku tidak akan dapat menyimpan barang curi mereka.

"Mereka biasanya orang muda yang menyifatkan diri mereka tidak boleh disentuh. Kita akan 'memeriksa' mereka di jalanan," kata ketua polis Rotterdam, Frank Paauw kepada akhbar Belanda, De Telegraaf.

"Segelintir orang muda kini memakai jaket berharga €1,800. Mereka tak ada pendapatan, jadi persoalannya bagaimana mereka boleh mendapatkan barang tersebut?" - odditycentral


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain