suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Bantu Gelandangan Bogel Tular

-foto Instagram @anisa.sarii

GAMBAR seorang polis yang sanggup memberikan bajunya kepada seorang gelandangan yang sedang berbogel di kawasan awam tular di media sosial.

Gambar tersebut muncul pada Isnin, menunjukkan seorang polis memberikan baju putihnya kepada seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Lampung, Indonesia.

Menurut posting asal yang dimuat naik oleh @anisa.sarii, polis berkenaan, Edward Setia Putra dilihat telah berhenti dan turun dari motosikalnya sebaik sahaja ternampak seorang lelaki sedang duduk tanpa pakaian di jalan utama di bandar itu.

Dia kemudian mengeluarkan sehelai baju-T putih dari ruang simpanan motosikalnya dan menyerahkannya kepada lelaki tersebut.

Bagaimanapun, lelaki itu masih tidak berseluar.

Menurut posting yang sama, anggota polis berkenaan tidak membiarkannya lelaki itu begitu sahaja, sebaliknya memberikan wang yang dikeluarkan dari dompetnya dan menyuruh lelaki itu pergi membeli seluar.

Posting di Instagram rasmi polis Lampung.

Tindakan Edward mendapat pujian ramai, dengan jabatan polis tempatan memberikannya publisiti dengan menyiarkan semula gambar anggotanya di akaun Instagram rasmi mereka.

Berdasarkan posting jabatan polis, lelaki yang identitinya tidak diketahui itu dipercayai mengalami masalah mental.

gelandangan, bogel, polis Lampung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain