suria

Mayat Sami 'Tersenyum' Selepas Dua Bulan Meninggal Dunia

-foto Asiawire/FB

BEBERAPA keping gambar mengejutkan muncul, menunjukkan seorang sami yang sudah dua bulan meninggal dunia 'tersenyum' ketika mayatnya dikeluarkan oleh pengikutnya setianya.

Luang Phor Pian, seorang sami yang dihormati ketika hayatnya, meninggal dunia pada 16 November tahun lalu di Bangkok, Thailand pada usia 92 tahun.

Berasal dari Kemboja, Pian menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai guru kerohanian dan guru Buddha yang terkenal di Lopburi, Thailand.

Gambar Pian yang diambil tidak lama sebelum dia meninggal dunia. -foto Asiawire/FB

Apabila dia meninggal dunia, mayatnya dikembalikan ke kuil tempat dia berkhidmat untuk dikebumikan.

Pada minggu ini, para pengikutnya mengeluarkan mayatnya dari keranda sebagai sebahagian daripada upacara tradisi Buddha.

Tetapi mereka terkejut apabila mendapati mayatnya hampir tidak terjejas dan dia kelihatan sedang tersenyum.

Menakjubkan apabila Pian masih nampak tersenyum apabila diangkat melalui orang ramai.

-foto Asiawire/FB

Orang ramai tidak melepaskan peluang merakamkan gambar saat-saat luar biasa ini dan berkongsi foto-foto tersebut di media sosial.

Laporan menyatakan bahawa para sami telah mengeluarkan mayat Pian untuk dipakaikan dengan pakaian yang baharu dan bersih.

Walaupun sudah dua bulan meninggal dunia, mayatnya masih sempurna, seperti seseorang yang mati tidak lebih dari 36 jam, media tempatan melaporkan.

Keadaan Pian digambarkan sebagai tanda bahawa sami itu telah mencapai nirwana (kebahagiaan tertinggi).

Para pengikutnya akan terus berdoa untuknya sehingga upacara peristirahatan akhir diadakan pada hari ke-100 kematiannya. -mirrorUK

nirwana, sami Buddha, mayat sami

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain