suria

Kereta Kabel Ski Rosak, 200 Terperangkap

-fotoGetty

KIRA-kira 200 orang terkandas dalam lif ski selepas kereta kabel yang dinaiki rosak di resort Chamrousse di pergunugan Alps Perancis.

Pihak berkuasa berkata operasi menyelamat sedang dijalankan dan tiada kecederaan dilaporkan.

-fotoGetty

Dua helikopter serta anggota penyelamat telah dikerahkan untuk menangani keadaan.

Kerosakan dilaporkan berlaku kira-kira jam 3 petang, menurut akhbar Perancis Le Figaro.

Difahamkan sekitar 70 buah gondola tidak bergerak dalam kejadian itu.

-fotoGetty

Seorang pegawai memberitahu The Associated Press pada Ahad bahawa kebanyakan pemain ski telah dipindahkan selepas terperangkap selama satu atau dua jam di atas gondola di resort Chamrousse.

Punca kerosakan belum diketahui.

Lif ski beroperasi dari resort Chamrousse ke puncak Chamrousse Cross pada ketinggian 2,250 meter.

Operasi penyelamat menyaksikan helikopter menjatuhkan penyelamat di atas bumbung setiap gondola dan kemudian para pemain ski turun ke bawah dengan menggunakan tali, kata David Gendre, dari CRS Alpes Grenoble kepada AFP.

Gondola Chamrousse Cross telah dibuka pada tahun 2009 untuk menggantikan kereta kabel dan dua lif kerusi.

kereta kabel, ski

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain