suria

Pesalah Seksual Diserang Rakan Banduan

Carolann Gallon. -fotoNorthumbiaPolice/PAWire/metroUK

SEORANG banduan yang menjadikan gadis seawal usia 13 tahun sebagai 'mangsa seks' telah diserang di penjara selepas banduan lain mengetahui tentang jenayah yang dilakukannya.

Carolann Gallon dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun pada September kerana terbabit dalam aktiviti eksploitasi dan perdagangan seksual bersama 17 lagi kawan lelakinya di Newcastle.

Dia pada mulanya dipenjarakan di penjara wanita Low Newton di Durham, tetapi terpaksa dipindahkan ke HMP Styal di Cheshire sejauh 150 batu selepas diserang oleh banduan lain.

-fotoNorthumbiaPolice/metroUK

Sekarang di penjara barunya, Gallon, 23, telah diserang sekali lagi selepas banduan lain turut mendapat tahu tentang kesalahannya.

Dia diserang pada Ahad dan mengalami kecederaan ringan, apabila polis menyedari kejadian itu.

Bapanya, Jimmy Gallon, memberitahu Chronicle Live: "Mereka dapat tahu mengapa dia dimasukkan ke situ dan dia berasa sedih.

"Dia telah berpindah ke tempat yang lain kerana dirinya menjadi sasaran, tetapi kemudian dia menelefon saya memberitahu bahawa di sana dia turut diserang oleh seseorang.

"Dia menangis setiap kali saya bercakap dengannya."

Jimmy berkata dia 'benar-benar merindui' anak perempuannya itu, sambil memberitahu adalah sesuatu yang 'menyayat hati' apabila melihat dirinya di penjara.

Galllon adalah sebahagian daripada sekumpulan 18 orang yang telah disabitkan bersalah mengeksploitasi gadis-gadis dan wanita muda di Newcastle.

Dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan  memperdagangkan dan melakukan eksploitasi seksual. -metroUK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain