suria

Pesawat Latam Airlines Patah Balik Akibat Ancaman Bom

SANTIAGO: Ancaman bom sejurus berlepas mencetuskan situasi cemas dalam pesawat hingga mengakibatkan ia terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas.

Kejadian itu berlaku pada tengah hari Khamis melibatkan pesawat dalam penerbangan dari ibu negara Chile dan Bandaraya Punca Arenas di selatan negara itu.

Seorang wanita Brazil dalam pesawat Latam Airlines itu memberitahu salah seorang pembantu pesawat ada bom dalam kapal terbang itu kira-kira 20 minit sejurus berlepas.

Pengurus lapangan terbang, Juan Luis Rodriguez berkata, selepas kembali ke Santiago, penumpang diiringi keluar dari pesawat dan wanita itu ditahan.

"Susulan itu, pihak berkuasa menggeledah pesawat berkenaan," katanya.

Latam Airlines dalam kenyataannya berkata, ia tidak dapat mengulas kejadian itu kerana akur dengan protokol penerbangan. - Reuters
Latam Airlines, Chile

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain