suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupas Gas: 11 Cedera, Lapan Gagal Dikesan

MOSCOW: Seramai 11 cedera manakala lapan lagi masih gagal dikesan selepas satu letupan gas memusnahkan sebahagian blok sebuah pangsapuri di Volgograd pada Ahad.

"11 orang sedang dirawat di hospital, mereka termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita warga emas," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Oleg Salagai.

Gabenor Volgograd, Andrey Bocharov berkata, setakat ini seramai lapan penghuni pangsapuri berkenaan masih gagal dikesan.

Ketika kejadian pada tengah hari itu, letupan berlaku di tingkat tujuh bangunan pangsapuri sembilan tingkat berkenaan.

Letupan kuat berkenaan menimbulkan suasana panik sehingga terdapat penduduk yang terperangkap.

Usaha menyelamat masih diteruskan termasuk mengesan mereka yang dilaporkan sebagai hilang ketika ini.


Volgograd, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain