suria

Wanita Bersalin Dalam Pesawat Dikenakan Bayaran AS$33,000

TAIPEI: Wanita warga Taiwan yang bersalin di dalam pesawat ketika dalam perjalanan dari negara itu ke Amerika Syarikat (AS) bakal berdepan denda oleh syarikat penerbangan.

Wanita yang tidak dikenali itu sebelum ini cuba untuk melahirkan anak di AS dengan menaiki penerbangan ketika mula sakit untuk bersalin.

Akibat tindakan terdesak, wanita itu bersalin di dalam pesawat sehingga menyebabkan penerbangan terpaksa dilencongkan ke Alaska untuk membuat pendaratan cemas.

Berikutan melanggar arahan terbang bagi wanita mengandung melebihi 32 minggu, mangsa akan diberikan bil bagi kos pendaratan cemas di Alaska.

Syarikat penerbangan berkenaan mahu wanita tersebut menanggung segala kos pendaratan di Alaska.

Kos itu dianggarkan berjumlah AS$33,000 dan perlu dibayar dengan kadar segera.

Alaska, Amerika Syarikat

Artikel Lain