suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Parlimen Kosovo Kecoh, Pembangkang Lepaskan Gas Pemedih Mata

PRISTINA: Wakil rakyat pembangkang Kosovo melepaskan gas pemedih mata pada persidangan Parlimen untuk menggagalkan proses pengundian berkaitan Serbia.

Secara tiba-tiba dewan persidangan dipenuhi asap selepas dua kali gas berkenaan dilepaskan seorang Ahli Parlimen pembangkang.

Insiden itu menyebabkan Speaker Parlimen terpaksa menangguhkan sesi itu.

Kata wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, wakil rakyat pembangkang itu dilihat membuka tin gas pemedih mata itu.

Selepas beberapa jam, pihak pembangkang sekali lagi menghalang Parlimen bersidang apabila mengulangi perbuatan sama dan kali ini di dewan perhimpunan.

Susulan insiden itu, seramai 100 anggota polis dibawa masuk untuk memisahkan wakil-wakil rakyat pembangkang daripada ahli parlimen kerajaan dalam suasana penuh tegang.

Tindakan sabotaj itu bagi menghalang dialog dan persetujuan tajaan Kesatuan Eropah dengan Serbia terutamanya berhubung penubuhan majlis perbandaran yang diuruskan penduduk Serb sekali gus memberikan lebih autonomi kepada minoriti Serb di Kosovo. – AFP




Parlimen Kosovo, Serbia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jerebu Mulai Melanda Jakarta

Artikel Lain