suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang Ditahan Kerana Jerit Berharap Pesawat Dinaikinya Terhempas

SEORANG penumpang mabuk ditahan oleh pihak berkuasa apabila mencetuskan kekecohan dengan menjerit berharap pesawat yang dinaikinya 'terhempas' dalam penerbangan ke United Kingdom.

Portal Mail Online pada Sabtu melaporkan bahawa semasa kejadian berlaku, pesawat Thomas Cook bagi penerbangan TCX175 dari Lapangan Terbang Cayo Coco di Cuba ke Manchester sedang dibawa ke landasan untuk persediaan pelepasan.

Juruterbang kemudiannya memutuskan supaya pesawat kembali ke terminal dan menghubungi polis.

Wanita berkenaan dipercayai ditahan oleh pihak berkuasa Cuba.

Memetik akhbar The Manchester Evening News, wanita tersebut didakwa menjerit "Saya harap anda terhempas" sehingga mengejutkan para penumpang dan anak kapal.

Salah seorang penumpang, David Maddison-Lee, 50, yang bercakap kepada akhbar itu berkata: "Kami baharu sahaja duduk di tempat masing-masing. Pesawat penuh dengan penumpang dan ramai yang mahu pulang ke tanah air selepas menikmati percutian keluarga.

"Secara tiba-tiba, seorang wanita memaki dan menyumpah seranah dan bertindak ganas. Dia sangat lantang."

Lelaki tersebut turut mendakwa wanita berkenaan telah mengambil minuman beralkohol sebelum pelepasan.

Malah, wanita itu, bertanyakan kepada anak kapal mengapa dia tidak dihidangkan dengan minuman alkohol dalam penerbangan pulang ke United Kingdom. 

Berikutan insiden tersebut, penerbangan ditunda lebih sejam. Pesawat Airbus A330-200 tiba lewat di Lapangan Terbang Manchester.

Seorang jurucakap bagi Thomas Cook memberitahu MailOnline: Keselamatan merupakan keutamaan tertinggi kami, oleh itu kapten juruterbang memutuskan bahawa penumpang mabuk dan menimbulkan kekacauan itu perlu dikeluarkan dari pesawat sebelum pelepasan. - Mail Online

Thomas Cook

Artikel Lain