suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Mendarat Cemas, Kecoh Penumpang Tanggal Baju

Pesawat Sun Express ketika berlepas dari Lapangan Terbang Zurich, Khamis.

JURUTERBANG pesawat Sun Express terpaksa melakukan pendaratan cemas apabila seorang penumpang lelaki mabuk menanggalkan pakaian dan menuntut kru penerbangan itu mengadakan hubungan seks dengannya.

Kekecohan itu berlaku ketika pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Zurich di Dublin ke Turki terpaksa mendarat di Belgrade, Serbia.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Serbia berkata, warga Ireland itu bertindak agresif dan biadab.

"Lelaki yang menghina kru pesawat dan cuba menyerang pegawai bertugas telah ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.

Seorang saksi memberitahu, ketika menunggu untuk menaiki pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Nikola Tesla, lelaki berkenaan dan rakannya yang mengenakan pakaian santai meminum minuman keras.

Kejadian itu menyebabkan penerbangan itu lewat sehingga 10 jam.


Sun Express, Belgrade, Serbia

Artikel Berikut

70 Tawanan Penjara IS Dibebas

Artikel Lain