suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal Perang Pindah Penduduk Akibat Kebakaran Hutan

JAKARTA: Krisis kemanusiaan yang melanda Indonesia akibat kebakaran hutan di negara itu mendorongTentera Laut Indonesia (TNI-AL) merangka pelan untuk menggunakan kapal perang bagi memindahkan penduduk yang terjejas.

Tempo.co melaporkan Ketua Jabatan Penerangan, Laksamana Pertama Muhammad Zainuddin berkata, tentera laut mempunyai beberapa kapal pengangkut yang boleh digunakan dalam misi pemindahan.

"Kapal perang Indonesia juga boleh digunakan untuk misi kemanusiaan.

"Pihak kami sentiasa bersedia memberi bantuan dan sokongan terhadap setiap keputusan serta program kerajaan," katanya.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Luhut Binsar Panjaitan memberitahu, rancangan memindahkan mangsa jerebu dan sedang mempertimbangkan untuk menggunakan kapal perang sebagai tempat perlindungan sementara. - Tempo.co

Artikel Sebelum

70 Tawanan Penjara IS Dibebas

Artikel Berikut

Artikel Lain