suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Di Sekolah Sweden Bermotif Perkauman

COPENHAGEN (Denmark): Serangan seorang lelaki bertopeng di sebuah sekolah di Sweden pada Khamis sehingga mengakibatkan dua orang terbunuh bermotifkan perkauman, kata polis pada Jumaat.

Polis melabelkan insiden di bandar Trollhattan sebagai satu jenayah atas dasar benci berdasarkan penemuan di rumah penjenayah, kelakuan dan cara berpakaian suspek di tempat kejadian dan cara dia memilih mangsanya.

"Kesemuanya sekali, memberikan gambaran bahawa penjenayah mempunyai motif perkauman apabila dia melakukan jenayah di sekolah Kronan," kata polis dalam satu kenyataan.

Seorang lelaki bertopeng menceroboh masuk ke sebuah sekolah di selatan Sweden pada Khamis dan menikam empat orang.

Dua daripada empat mangsa terbunuh, sebelum penjenayah berkenaan ditembak oleh polis. Penjenayah itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital.

Mereka yang terbunuh merupakan seorang guru lelaki dan seorang pelajar. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Microsoft Kurangkan 1,000 Pekerja

Artikel Lain