suria

Lima Terbunuh Dalam Serangan Di Benghazi

BENGHAZI: Lima orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan yang dilakukan di ibu negara Libya di sini pada Isnin.

Hospital Al-Jalaa di sini mengumumkan terdapat empat orang terbunuh di lokasi serangan manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.

Pengumuman yang dibuat menerusi Facebook itu mendakwa, seramai tiga lagi mangsa mengalami kecederaan dan masih dirawat.

"Kebanyakan mangsa merupakan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun," jelasnya.

Sumber tentera mengesahkan mengenai insiden di Laithi itu tetapi enggan mendedahkan dalang disebalik serangan berkenaan.

Dalam kejadian berasingan, kumpulan militan Negara Islam (IS) dilapor telah melaksanakan hukuman mati terhadap dua tahanan pada hari sama.

Salah seorang daripada mangsa merupakan warga Sudan beragama Kristian.

Benghazi, Libya, IS

Artikel Sebelum

Artikel Lain