suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

E-Bay Tawar Kereta Mainan Versi Besar

KERETA mainan sentiasa menjadi pilihan untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak sempena sambutan Krismas sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Bagaimanapun kini, kereta mainan versi yang lebih besar yang dikenali Little Tikes Cozy Coupe ini boleh dimiliki dengan £21,500 (RM102,025).

Juru mekanik, John Bitmead dan adiknya, Geoff telah mencipta kereta mainan bersaiz besar dengan menampilkan merah serta kuning sebagai warna pilihan untuk menarik perhatian ramai ketika di jalan raya.

Lapor BBC, kedua beradik ini menghabiskan masa empat bulan untuk mereka cipta kereta yang menyerupai kereta mainan itu.

Kereta itu turut dilengkapi enjin 800cc dan boleh dipandu pada kelajuan mencecah 60km/j.

Projek itu direalisasikan selepas rakan mereka mencipta motor untuk Little Tikes Cozy Coupe.

Menerusi laman web Attitude Autos, John mendapat inspirasi untuk membuat kereta mainan versi yang boleh dipandu di jalan raya.

Kereta itu dibuat pada November 2013, dan sekarang dijual menerusi laman jualan terkenal itu.

e-Bay, Little Tikes Cozy Coupe

Artikel Lain